Monday 12 December 2011

RPH MUZIK



Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Kreatif (Pendidikan Muzik)
Kelas
Mawar  
Tajuk
4. Apresiasi dan Estetika Seni Muzik
Masa
8.15 – 8.45 pg
Standard Pembelajaran
4.2.1  Melakukan gerakan mengikut
          i. lirik lagu
         ii. irama
Objektif
Di akhir pengajaran murid dapat melakukan gerakan mengikut irama dan lirik lagu
Nilai
Bekerjasama, bertanggungjawab, kerajinan, keberanian, toleransi
Aktiviti
Lirik “Bapaku pulang”
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah
Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik Boleh kubawa jumpa nenek
1.      Guru menunjukkan model sebuah kereta. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai lagu yang berkaitan dengan kereta.
2.      Guru memainkan lagu “Bapaku Pulang”. Murid dikehendaki membaca lirik dan mendengar lagu dimainkan.
3.      Murid murid dikendaki membuat pergerakan bersama guru mengikut lirik dan lagu. Guru akan menggunakan teknik ansur maju:
                  3.1 Guru sebut dan murid ulangi lirik (pastikan lirik betul).
                  3.2 Guru sebut dan menunjukkan gaya pergerakan murid akan ikut.
                         Fokus pergerakan Bapaku, kereta, kereta kecil, Ponpon-bunyi hon, berbunyi
                                                       Marilah - rujuk lirik yang telah di bold kan.


EMK
Kasih sayang, kerjasama
BBB
Mp3 lagu “Bapaku Pulang”, lirik lagu,model kereta
Refleksi
4 daripada 5 orang murid dapat mengikuti pembelajaran. Penggunaan pergerakan atau gerak gaya membantu murid memahami dan menghayati kandungan lagu. Taufik menjadi disruptif dan perlu diasingkan supaya tidak menggangu sesi pembelajaran. Bagaimanapun setelah ditenangkan, murid ini boleh mengikuti semula pembelajaran dan menjadi lebih berkerjasama setelah “dilantik” menjadi konduktor kelas muzik. 








1 comment: