Monday 12 December 2011

RPH MATEMATIK

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran                     :     Asas 3M  (Matematik)
Kelas                                    :     2 Harmoni
Tajuk                                    :     1. Pranombor
Masa                                    :     7.45 -8.45 pg
Standard Pembelajaran       :     1.1.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir  pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membezakan saiz besar/kecil.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1.      Guru mengedarkan belon kepada murid untuk ditiup.
2.      Murid meniup belon yang diberikan guru.
3.      Bersoal jawab tentang saiz belon yang ditiup murid.
4.      Guru menerangkan konsep saiz besar/kecil kepada murid.
5.      Guru meminta murid mengenalpasti saiz objek di dalam kelas (contoh : buku,pemadam,bekas pensel).
6.      Murid membuat lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (tiup belon), nilai murni (keyakinan), bahasa (komunikasi)

Bahan Bantu Belajar:
Belon, bahan maujud dan lembaran kerja

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan lembaran kerja.

Refleksi:

















No comments:

Post a Comment