Monday 12 December 2011

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

MATEMATIK 4

MATEMATIK 3

MATEMATIK 2

MATEMATIK 1

LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU




RPH BAHASA INGGERIS

Subject Asas 3M (Bahasa Inggeris)
Topic : listening  / speaking  - 3 .Family Members
Duration of time : 8.15-9.15am
Integrated Strands : Spiritual, Attitude and Esthetic
Learning Standard 3.1.1, 3.1.2
Objective : Pupils should be able to name family members 
Values : Compassion, cooperation 
Previous knowledge : Pupils already learnt immediate family members extended family




Subject
Asas 3M (Bahasa Inggeris)


Topic
: listening  / speaking  - 3 .Family Members


Duration of time
: 8.15-9.15am


Integrated Strands
: Spiritual, Attitude and Esthetic


Learning Standard
3.1.1, 3.1.2


Objective
: Pupils should be able to name family members


Values
: Compassion, cooperation


Previous knowledge
: Pupils already learnt immediate family members extended family






Steps
Activities
Teaching Aids
Notes
Set Induction
1. Teacher display pictures of "family"



    introduce family members


Step 1
1. Teacher represent family members with paper dolls



    showing whole family with grandfather dan grandmother



2.  teacher show father-big doll, mother-female doll



     grand mother/grandfather - show old people paper doll


Step 2
1. pupils try to explain and show how many people in their family 



    using the paper dolls given


Step 3
1. pupils are to arrange old to young ,paste in work book


closure
1. Marks are given ,token prize awarded to pupils


EMK
 TMK


note : check list for this will only be done after pupils able to identify/write /read/ aphabet


Reflection








RPH SENI

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran                     :     Pendidikan Seni Kreatif ( Pendidikan Seni Visual)
Kelas                                    :     2 Permata
Tajuk                                    :     1. Melukis dan Menggambar
Masa                                    :     11.15-12.15
Standard Pembelajaran       :     1.2.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir  pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membuat contengan bebas dengan menggunakan warna air dan berus lukisan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1.      Mempamerkan contoh-contoh contengan bebas kepada murid melalui perisian ‘paint’.
2.      Guru menunjukkan tunjuk cara melakukan contengan bebas.
3.      Guru mengedarkan kertas lukisan dan peralatan mewarna
4.      Murid dikehendaki melakukan contengan dengan memenuhi ruang pada kertas lukisan.
5.      Murid melakukan dengan bimbingan guru.
6.      Guru mempamerkan hasil kerja semua murid.
7.      Hasil kerja yang baik akan dipamerkan di sudut kelas.
8.      Murid mengemas peralatan yang telah digunakan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (mewarna), nilai murni (keyakinan), bahasa (komunikasi), TMK

Bahan Bantu Belajar:
·         Kertas lukisan, berus lukisan, warna air, surat khabar lama, bekas warna

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
·         Murid diuji mematuhi arahan aktiviti contengan dengan mengguna borang senarai semak dan pemerhatian guru.

Refleksi:
·         4 daripada 6 murid dapat menghasilkan contengan dengan baik. Manakala 2 orang lagi diberi bimbingan pada P&P yang  akan datang.









Tajuk                              :     1. Melukis dan Menggambar

Standard Pembelajaran :     1.2.2 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan media warna air.


SENARAI SEMAK

Nama : ___________________________________ Kelas : __________________   Tarikh : _______________________

Arahan : Tandakan (/) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.


BIL

KEMAHIRAN

TARIKH

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

CATATAN

1.

Murid boleh memegang berus lukisan dan warna air untuk menconteng.





2.

Murid melakukan contengan bebas pada kertas lukisan secara individu.





3.

Murid melakukan contengan dengan memenuhi ruang kertas lukisan.





4.

Murid mempamerkan hasil kerja.





5.

Murid mengemas dan menyimpan semula semua peralatan dan bahan yang telah digunakan.






Tandatangan guru,

..............................................
(                                            )

RPH PTL (2)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS
            (MASALAH PEMBELAJARAN)

Mata Pelajaran                        :           Pengurusan Kehidupan ( Pengurusan Diri)

Kelas                                       :           2 Mawar

Tajuk                                       :           1. Urus Diri

Masa                                       :           8.45 – 9.15 pagi (30 minit )

Standard Pembelajaran          :           1.1.1

Objektif Pembelajaran            :           Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat 
                                                           menamakan bahagian kepala seperti mata, telinga,                                                   hidung, mulut dan rambut                                                                                                
Aktiviti P & P                           :          
1.         Guru memakai topeng muka yang kosong dan bersoal jawab dengan murid
            “Murid-murid nampak tak muka cikgu”?

2.         Guru menunjukkan bahagian kepala yang sebenar dengan meminta seorang murid          tampil ke depan dan menunjukkan bahagian kepala murid tersebut

3.         Guru menunjukkan kad imbasan bahagian kepala seperti mulut, mata, hidung, telinga      dan rambut

4.         Murid menyebut dan menamakan bahagian kepala yang ditunjukkan oleh guru.

5.         Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu anggota kepala.
            Contoh:           Dua mata saya
                                    Satu hidung saya
                                    Dua telinga saya, kiri dan kanan
                                    Satu mulut saya tak henti makan….nyam..nyam..nyam
    
Elemen Merentas Kurikulum  :           Nilai-nilai murni, sains dan teknologi

Elemen Nilai Tambah             :           Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahan Bantu Belajar               :           Komputer riba, kad imbasan, topeng muka, bahan maujud

Penilaian P&P                         :           Murid diuji melalui senarai semak dan pemerhatian guru.
                                   
Refleksi                                   :           Keseluruhan murid dapat menguasai dan menamakan        bahagian kepala. Aktiviti penggayaan diberikan kepada            murid-murid tersebut.                                                



RPH PTL (1)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  KSSR PENDIDIKAN KHAS TAHUN 1
            (MASALAH PEMBELAJARAN)


Mata Pelajaran                        :           Pengurusan Kehidupan (Pengurusan Tingkah Laku)

Tajuk                                       :           1.Disiplin Diri

Masa                                       :           30 minit

Standard Pembelajaran          :           1.2.1, 1.2.2     

Objektif  Pembelajaran           :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i.              Mematuhi arahan dengan betul.
                                                :           ii.          Mencantum jigsaw puzzle dengan betul.

Aktiviti P&P                             :           1.         Bersoal jawab dengan guru tentang klip      
                                                                       video kawad kaki
2.        Melakukan arahan lisan yang disebut  
                                                                       oleh guru
a.    Angkat  tangan  kanan/ kiri
b.    Bangun
c.    Duduk
3            Melakukan arahan lisan yang disebut    
           oleh guru secara individu:
a.    Angkat tangan kanan/ kiri
b.    Bangun
c.    Duduk
4            Mengambil sebiji bola di dalam bakul 
      mengikut warna di sebutkan oleh guru.
5.         Memasukkan bola tersebut di dalam
      kotak mengikut warna yang telah ditetapkan.
6            Mencantumkan jigsaw puzzle.
7            Murid menyanyikan lagu “Kalau Rasa Gembira”   
      dengan bimbingan guru.

Elemen Merentas Kurikulum  :           Patriotisme, nilai-nilai murni dan bahasa, kreativiti dan
                                                           inovasi
                                               
Bahan Bantu Belajar               :           VCD, bola kecil, bakul, kotak berwarna, Jigsaw Puzzle

Penilaian P&P                         :           Murid diuji  mematuhi arahan dengan menggunakan 
borang senarai semak dan pemerhatian guru.
                                   
Refleksi                                   :           8 daripada 10 orang murid telah dapat menguasai  
standard pembelajaran   dan 2 orang murid lagi akan  
diberi bimbingan secara individu selepas P&P