RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Mata Pelajaran : Asas 3M (Bahasa Malaysia)
Kelas : 2 Mawar
Tajuk : 3. Bacaan
Masa : 8.30 – 9.30 pagi
Standard Pembelajaran : 3.2.2
` 4.2.2
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat
membaca 4 perkataan KVKV yang dipelajari dengan betul.
Aktiviti P & P : 1. Permainan kotak ajaib:
- Murid mengambil objek dari kotak setelah muzik diberhentikan.
2. Murid melihat dan menamakan kad gambar yang
ditunjukkan.Contohnya, bola,baju,buku,meja,topi
3. Murid membunyikan suku kata KV+ KV
4. Murid mencantumkan suku kata daripada kad suku kata
5. Murid menyebut perkataan yang dibina.
6. Murid menyebut perkataan secara berulang kali.
7. Murid mewarnakan perkataan yang betul berdasarkan gambar pada lembaran kerja.
8. Permainan kad beracun ;
- Murid mengambil kad perkataan dan menyebutnya perkataan tersebut
Elemen Merentas Kurikulum : Nilai-nilai murni, teknologi maklumat dan komunikasi
Bahan Bantu Belajar : Kotak, kad perkataan, kad gambar, benda maujud, pita
rakaman,vcd, kad suku kata, lembaran kerja
Penilaian P&P : Murid diuji melalui lembaran kerja dan pemerhatian guru.
Refleksi : 2 daripada 6 orang murid telah dapat menguasai
Standard Pembelajaran manakala 4 orang murid lagi
diberi bimbingan guru sepenuhnya secara individu selepas
P&P
No comments:
Post a Comment