Monday 12 December 2011

RPH SENI

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran                     :     Pendidikan Seni Kreatif ( Pendidikan Seni Visual)
Kelas                                    :     2 Permata
Tajuk                                    :     1. Melukis dan Menggambar
Masa                                    :     11.15-12.15
Standard Pembelajaran       :     1.2.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir  pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membuat contengan bebas dengan menggunakan warna air dan berus lukisan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1.      Mempamerkan contoh-contoh contengan bebas kepada murid melalui perisian ‘paint’.
2.      Guru menunjukkan tunjuk cara melakukan contengan bebas.
3.      Guru mengedarkan kertas lukisan dan peralatan mewarna
4.      Murid dikehendaki melakukan contengan dengan memenuhi ruang pada kertas lukisan.
5.      Murid melakukan dengan bimbingan guru.
6.      Guru mempamerkan hasil kerja semua murid.
7.      Hasil kerja yang baik akan dipamerkan di sudut kelas.
8.      Murid mengemas peralatan yang telah digunakan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (mewarna), nilai murni (keyakinan), bahasa (komunikasi), TMK

Bahan Bantu Belajar:
·         Kertas lukisan, berus lukisan, warna air, surat khabar lama, bekas warna

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
·         Murid diuji mematuhi arahan aktiviti contengan dengan mengguna borang senarai semak dan pemerhatian guru.

Refleksi:
·         4 daripada 6 murid dapat menghasilkan contengan dengan baik. Manakala 2 orang lagi diberi bimbingan pada P&P yang  akan datang.









Tajuk                              :     1. Melukis dan Menggambar

Standard Pembelajaran :     1.2.2 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan media warna air.


SENARAI SEMAK

Nama : ___________________________________ Kelas : __________________   Tarikh : _______________________

Arahan : Tandakan (/) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.


BIL

KEMAHIRAN

TARIKH

MENGUASAI

BELUM MENGUASAI

CATATAN

1.

Murid boleh memegang berus lukisan dan warna air untuk menconteng.





2.

Murid melakukan contengan bebas pada kertas lukisan secara individu.





3.

Murid melakukan contengan dengan memenuhi ruang kertas lukisan.





4.

Murid mempamerkan hasil kerja.





5.

Murid mengemas dan menyimpan semula semua peralatan dan bahan yang telah digunakan.






Tandatangan guru,

..............................................
(                                            )

No comments:

Post a Comment