RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Mata Pelajaran : Pengurusan Kehidupan ( Pengurusan Diri)
Kelas : 2 Mawar
Tajuk : 1. Urus Diri
Masa : 8.45 – 9.15 pagi (30 minit )
Standard Pembelajaran : 1.1.1
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat
menamakan bahagian kepala seperti mata, telinga, hidung, mulut dan rambut
Aktiviti P & P :
1. Guru memakai topeng muka yang kosong dan bersoal jawab dengan murid
“Murid-murid nampak tak muka cikgu”?
2. Guru menunjukkan bahagian kepala yang sebenar dengan meminta seorang murid tampil ke depan dan menunjukkan bahagian kepala murid tersebut
3. Guru menunjukkan kad imbasan bahagian kepala seperti mulut, mata, hidung, telinga dan rambut
4. Murid menyebut dan menamakan bahagian kepala yang ditunjukkan oleh guru.
5. Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu anggota kepala.
Contoh: Dua mata saya
Satu hidung saya
Dua telinga saya, kiri dan kanan
Satu mulut saya tak henti makan….nyam..nyam..nyam
Elemen Merentas Kurikulum : Nilai-nilai murni, sains dan teknologi
Elemen Nilai Tambah : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahan Bantu Belajar : Komputer riba, kad imbasan, topeng muka, bahan maujud
Penilaian P&P : Murid diuji melalui senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi : Keseluruhan murid dapat menguasai dan menamakan bahagian kepala. Aktiviti penggayaan diberikan kepada murid-murid tersebut.
No comments:
Post a Comment