RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN KHAS TAHUN 1
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Mata Pelajaran : Pengurusan Kehidupan (Pengurusan Tingkah Laku)
Tajuk : 1.Disiplin Diri
Masa : 30 minit
Standard Pembelajaran : 1.2.1, 1.2.2
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i. Mematuhi arahan dengan betul.
: ii. Mencantum jigsaw puzzle dengan betul.
Aktiviti P&P : 1. Bersoal jawab dengan guru tentang klip
video kawad kaki
2. Melakukan arahan lisan yang disebut
oleh guru
a. Angkat tangan kanan/ kiri
b. Bangun
c. Duduk
3 Melakukan arahan lisan yang disebut
oleh guru secara individu:
a. Angkat tangan kanan/ kiri
b. Bangun
c. Duduk
4 Mengambil sebiji bola di dalam bakul
mengikut warna di sebutkan oleh guru.
5. Memasukkan bola tersebut di dalam
kotak mengikut warna yang telah ditetapkan.
6 Mencantumkan jigsaw puzzle.
7 Murid menyanyikan lagu “Kalau Rasa Gembira”
dengan bimbingan guru.
Elemen Merentas Kurikulum : Patriotisme, nilai-nilai murni dan bahasa, kreativiti dan
inovasi
Bahan Bantu Belajar : VCD, bola kecil, bakul, kotak berwarna, Jigsaw Puzzle
Penilaian P&P : Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan
borang senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi : 8 daripada 10 orang murid telah dapat menguasai
standard pembelajaran dan 2 orang murid lagi akan
diberi bimbingan secara individu selepas P&P
No comments:
Post a Comment