RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Kreatif ( Pendidikan Seni Visual)
Kelas : 2 Permata
Tajuk : 1. Melukis dan Menggambar
Masa : 11.15-12.15
Standard Pembelajaran : 1.2.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membuat contengan bebas dengan menggunakan warna air dan berus lukisan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Mempamerkan contoh-contoh contengan bebas kepada murid melalui perisian ‘paint’.
2. Guru menunjukkan tunjuk cara melakukan contengan bebas.
3. Guru mengedarkan kertas lukisan dan peralatan mewarna
4. Murid dikehendaki melakukan contengan dengan memenuhi ruang pada kertas lukisan.
5. Murid melakukan dengan bimbingan guru.
6. Guru mempamerkan hasil kerja semua murid.
7. Hasil kerja yang baik akan dipamerkan di sudut kelas.
8. Murid mengemas peralatan yang telah digunakan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
· Kreativiti (mewarna), nilai murni (keyakinan), bahasa (komunikasi), TMK
Bahan Bantu Belajar:
· Kertas lukisan, berus lukisan, warna air, surat khabar lama, bekas warna
Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
· Murid diuji mematuhi arahan aktiviti contengan dengan mengguna borang senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi:
· 4 daripada 6 murid dapat menghasilkan contengan dengan baik. Manakala 2 orang lagi diberi bimbingan pada P&P yang akan datang.
Tajuk : 1. Melukis dan Menggambar
Standard Pembelajaran : 1.2.2 Melakukan contengan bebas pada permukaan kertas dengan menggunakan media warna air.
SENARAI SEMAK
Nama : ___________________________________ Kelas : __________________ Tarikh : _______________________
Arahan : Tandakan (/) pada ruangan menguasai atau belum menguasai berdasarkan kemahiran murid.
BIL | KEMAHIRAN | TARIKH | MENGUASAI | BELUM MENGUASAI | CATATAN |
1. | Murid boleh memegang berus lukisan dan warna air untuk menconteng. | | | | |
2. | Murid melakukan contengan bebas pada kertas lukisan secara individu. | | | | |
3. | Murid melakukan contengan dengan memenuhi ruang kertas lukisan. | | | | |
4. | Murid mempamerkan hasil kerja. | | | | |
5. | Murid mengemas dan menyimpan semula semua peralatan dan bahan yang telah digunakan. | | | | |
Tandatangan guru,
..............................................
( )
No comments:
Post a Comment